Tuesday, December 1, 2009

penyakit selsema babi (h1n1)

ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama

Penyakit Insomnia

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur, 1,2 Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan,tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:
Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
Insomnia
Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling serius ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

Saturday, November 21, 2009

Kawan sejati.....

Apakah makna kawan sejati? Adakah ia sekadar panggilan atau maknanya lebih mendalam lagi.Ada yang kata kawan sejati itu adalah kawan yang sentiasa berada di sisi kita jika ditimpa musibah atau dalam kesusahan.Tetapi ada yang berkata demikian mereka kata kawan sejati ialah kawan yang sentiasa memberi sokongan terhadap sesuatu yang kita lakukan.Tetapi bagi saya kawan sejati ialah kawan yang selalu mendorong kita ke arah kebaikan dan yang selalu membantu kita dalam kesusahan atau jika kita ditimpa musibah. Jadi berhati-hati lah jika hendak memilih kawan. Saya sudahi dengan assalammualaikum warahmatullahi wabarakaatu.

Friday, November 20, 2009

Kegemilangan UPSR di SK Saujana Impian

  • Keputusan 5A di SK Saujana Impian merupakan satu fenomena yang besar bagi pihak sekolah kerana kira-kira kira seramai 76 murid berjaya mencapai matlamat mereka iaitu 5A manakala cuma segelintir sahaja yang mendapat 4A 1B, 3A 2B, 2A 1C 2B dan 1A 2B dan 2C. Murid-murid yang mendapat 5A itu akan berasa bangga apabila mereka menjejakkan kaki mereka buat kali terakhir keluar daripada SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN.Secara purata kira- kira 70% murid-murid daripada 100% yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.Murid-murid ini mempunyai harapan yang cerah untuk ke asrama penuh.Bagi sesetengah murid mereka mahu pergi ke sekolah-sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka seperti SMKSI, SMAPK dan MAHAD.Sesetengah murid pula mahu pergi ke asrama asrama yang bukan di sekitar kawasan Kajang seperti sekolah menegah berasrama penuh seperti SAS dan MCKK. Bagi mereka yang gagal mendapat 5A masih ader harapan lagi, jangan putus asa kerana SPM dan PMR masih ada.Saya sudahi dengan salam assalammualaikum dan selamat moga jaya kepada murid murid yang akan menduduki UPSR pada tahun hadapan.



%